Pages

Thursday, July 30, 2015

RUMAH JAGA SEPARUH DARI HIDUP KAMI (Sekadar satu renungan)




Saya persembahkan satu pengalaman sedih saya semasa menjadi pegawai pelajaran daerah utk tatapan kerana lebih ramai orang suka membaca pengalaman dari tulisan berbentuk ilmu semata. Ambillah iktibar. Bukakan hatimu.

Malam itu saya bersama pemandu membuat semakan ke sekolah-sekolah untuk menyelia kerja pengawal keselamatan sekolah. Beberapa sekolah disinggahi. Akhirnya saya sampai di satu sekolah kebangsaan yg dipinggir bandar.


Bila kenderaan kami berhenti di pintu pagar sekolah, saya turun. Seorang lelaki tua berunifom jaga yg saya jangka 60 an menegur saya. Saya cepat memperkenal diri dan minta memeriksa beberapa perkara.


Dia seperti keberatan untuk membenarkan saya masuk ke pondok pengawal, tetapi bila diminta dia beralah.


Saya menolak pintu bilik pengawal untuk masuk. Pintu yg ditolak tertampan sesuatu, lalu saya menjengok ke dalam.


Ya Allah, seorang remaja perempun belasan tahun sedang tidur beralas tikar rumput di lantai, berbantal lipatan kain. Tidurnya mengiring kerana kakinya kena di bengkok disebabkan bilik yg sempit. Begitu nyenyak dia hingga tidak sedar kakinya tertampan pintu. Kasut sekolah, beg dan unifom sekolah menengah diletak ditepinya.


Saya tidak menerus hajat untuk masuk dan mengajak orang tua itu berbual di luar. Dalam nada yg sedikit terketar, mungkin rasa bersalah, dia berkata, "Minta maaf encik, anak saya, menumpang tidur di pondok ini."


Dia terhenti. Tutur kata perlahan dan tertib dan seperti menahan sebak.


"Tak ada siapa dirumah, mak dia dah meninggal, anak-anak dah kawin dan pindah. Saya tinggal dua beranak. Saya kena kerja untuk belanja kami berdua dan cari duit sekolah anak perempuan bongsu saya tu. Kerja lain dah tak larat, kerja jaga ni bolehlah. Saya bimbang nak tinggalkan dia seorang dirumah. Minta maaf encik, minta maaf."


Air matanya mula tergenang di sinar lampu yg berbalam. Bahunya saya gosok utk menenangkannya. Saya pula yg serba salah dan sedih.


Dia terus merintih, "Hidup waktu malam kami di sinilah telah setahun lebih bila kerana saya kerja syif malam sebab rakan ada masalah nak kerja malam. Rumah jaga ni separuh dari hidup kami dua beranak. Esok pagi anak satu akan akan ke sekolah menengah dg basikal, dia menumpang mandi di sekolah ini.


Encik,tolong,jangan repot kat toke saya dan gurubesar, saya takut kena buang kerja. Macam mana kami hidup." Di sini dia dah teresak dan mengesat air mata dg lengannya.


Saya menepuk bahunya, menyuruhnya bersabar dan menjengok sekali lagi ke dalam pondok. Tangan anak itu saya lihat menampar nyamok di pipi. Ya Allah, anak semuda ini telah diuji dg kepayahan hidup.


Sesungguhnya lelaki ini seorang yg tabah, hanya ini jalan hidup yg ada baginya. Saya dah tak sanggup mendengar kata-kata pak cik ini..


Bila saya menaiki kenderaan, pemandu nampak kehairanan kerana beberapa sekolah yg dilalui saya bersungut itu ini, tapi kali ini diam dan mengesat air mata, tetapi dia tidak berani bersuara.


Pengorbanan seorang bapa hingga penghujung usianya,selagi kudrat masih ada, keringat diperah demi penyambung hidup anak. Bila isterinya dijemput Allah, apa pilihan lagi yg ada padanya demi sesuap nasi dan keselamatan anak dara suntinya.


Jika anda pernah bersungut teruknya bekerja, susahnya hidup, ukurlah dgn orang tua ini.


Jika anak anda besungut tilam nipis, lama,katil kecil,bilik panas tak ada aircondt, ukurlah dgn anak dara orang tua ini yg bermalam di tikar, di lantai simen rumah jaga yg kakinya pun tidak boleh berlunjur.


Jika anak anda bersungut bilik air tak selesa,sarapan tidak sedap, ukurlah dg anak ini yg mandi di tandas sekolah, sarapan di mana yg sempat.


Jika nak marah anak murid lewat ke sekolah, mengantuk dalam kelas, pakaian lusuh tidak diseterika, penampilan yg comot, mulut jangan cepat mengungkap kata yg tidak elok, ambil tahulah kisah hidup yg dilalui mereka.


Jika jd ketua, ambil tahu sedikit kisah hidup orang bawah, jangan tahu mengarah shj.


Pejamkan mata, hayati keperitan hidup pak cik ini dan menangislah kerana banyak menangis akan melembutkan hati.



Copy&Paste

Friday, July 3, 2015

FACEBOOK POSTING AWARENESS CAMPAIGN.. haha




Can you see my Facebook postings?
Can you view my photos?
Or do you feel that sometimes I am away from the keyboard?

That's the power of restriction. You can use it too. You are seeing my postings, or photos of me/my family, simply because I allow you to.

In my Facebook:
▶ 50% got restricted
▶ 70% has been grouped into a few group lists,
▶ Those who got listed in restricted can ONLY see 5% of my actual posts. Yes, that means these ppl think I am rarely on Facebook. And these 5% posts are public.
▶ Just because you can read this, doesn't mean you can see all of my posts.
▶ You can see some of my posting and it gone afterwards? The post might have been deleted or simply because you are hidden from it.
▶ I want to keep you in my friendlist but doesn't want to see your posts? I simply "unfollow" your post so you don't appear again in my newsfeed
▶ Want to post something to specific person without anybody else noticing? Simply post, tag the person and set "Only Me". So only you and tagged person can read the post.
▶ I got tagged but get annoyed by the notifications? I simply click the "Notification Off" for that particular posts. Or remove the tag.
▶ You tagged me but it didn't appear on my wall? That's because none of the tagged posts can appear on my wall unless I allow them to.
▶ There are actually hundreds of tips on how to use Facebook effectively.

Use Facebook wisely.
Use Facebook responsibly.
Use Facebook safely (well, honestly nothing really safe in fb, but it's another thing to be considered).

Not everyone who claims to be your friends, are actually your FRIENDS. Safely sharing, is caring. But overly sharing, is killing!

Meh nak wat seminar penggunaan Facebook secara berhemah.. Haha.. Sapa nak? Serious. I feel the urge to spread this Facebook Posting Awareness Campaign so badly.
Ok, nak sambung filter kawan2 baru. Ramai dah strangers dlm Facebook saya ni. Dulu 10% aje strangers but now dah beratus. Tapi saya masih limit pd friends of friends request saja. Kalau takde mutual friend atau sorang dua saja, mmg saya X approve..

ALL ABOUT WHATSAPP


READ RECEIPTS
✔: Message sent 
✔✔(grey): Message delivered
✔✔(blue): Message read (dah baca)
(Kalau dalam group WhatsApp, double blue tick hanya appear sekiranya semua ahli dlm group telah baca msg tersebut)
▶ Message WhatsApp yg kita hantar boleh disemak waktu dihantar dan waktu penerima tu baca. Yes, we actually can check these.
▶ Juga message yg kita send dlm group WhatsApp, kita bleh check siapa dah dpt/belum dapat atau siapa yang dah baca..
▶ You can actually read WhatsApp messages without having to turn it into blue ticks. Yes, you read this right. Nak baca WhatsApp tapi tanak org tu tau anda dh baca? Hehhehe saya ada caranya. Tp saya hanya berminat nak share jika anda bersemuka dgn saya. Because it has pros and cons. Sorry.
▶ Blue tick hanya appear pada WhatsApp version latest. Version lama, tiada features blue tick. Jd utk org yg pakai version lama, kalau dia dh baca pun, kita X nmpk blue tick, hanya double grey tick seperti sebelum ni.
▶ Anda juga boleh off kan "Read Receipt" anda sendiri tp sekiranya anda off kan "Read Receipts" anda, anda juga takkan dpt baca "Read Receipts" orang lain.

USER STATISTICS
▶ WhatsApp semakin slow, atau selalu hang/jam? Reset semula statistic untuk kelajuan maksimum. 
▶ Setting >> Account >> Network Usage >> Reset Statistics . Jangan bimbang, mesej atau gambar di WhatsApp anda tidak hilang.. Kecuali lah anda clear chat hihi..


LAST SEEN/ STATUS/ PROFILE PIC
▶ Kalau anda off kan last seen anda, anda juga tak dpt tgk last seen org lain
▶ Setiap status, profile pic dan last seen bleh disetkan kepada "Public", "Contact" dan "No One".
▶ Kalau set kan kepada "Contact", hanya org yg anda save dlm phonebook dpt tgk. Kalau dia save no anda tp anda tak save no dia, dia tetap tak boleh tgk status/ last seen/ profile pic yg anda set kpd "Contact" (mohon betulkan jika silap)
Oh ya, penat taip guna hp? Buka http://web.whatsapp.com di any browser di laptop atau pc dan scan barcode guna feature di WhatsApp mobile anda. Kedua-dua laptop/pc dan smartphone mesti ada internet data atau to be safe, guna wifi. Apa yg anda taip di browser akan automatically keluar di WhatsApp mobile. Saya selalu transfer gmbr dr hp ke pc guna cara ni hihihi..
Ok cukup lah tu setakat ni.. Penat dah menaip haha..
P/S: Lain kali kalo nk bgtau kata anda X dpt atau belum baca WhatsApp saya, pikiaq habis2 yaaa.... Hehehhehe..

SILAKAN COPY AND PASTE TP JANGAN LUPA CREDITKAN NAMA SAYA OKAYYYY...
This is my original post ni bukan amik dari sesiapa..
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com