Saturday, December 24, 2016
Our 'Pirate de la Hoya' Has Gone...
Anita..
Saat jari ni menaip penulisan ini, aku sangat tak stabil emosi.. Mataku bengkak, tanganku menggeletar, kepalaku sakit.. Sungguh terasa pemergian ni, Nita.. Sungguh terasa..
Nita yang ku kenal semenjak 1999, sudah pergi buat selamanya.. Walau sehebat mana kami menyayanginya, tapi Allah lebih menyayanginya..
Nita.. Dengan ko lah aku belajar loghat Terengganu.. Di maktab dulu, aku yang forever rebel ni, always have you and Zalina to check my balance.. Saat orang lain tak berani tegur kalau aku mula naik angin, korang berdua lah yang akan gelak-gelak dan eventually made me smile again..
Dengan towel kecik atas kepala, ko managed to get to everyone's room.. The hell with scarf, kan? We shared crazy and fun world of maktab, together.. Dengan sapa pun ko berbaik.. Mana ada orang tak suka ko? Ko menyenangkan semua.. Apa ko tak suka, ko cakap straight to the point.. Selebihnya kalau tak berkaitan, ko tak ambil pusing..
Lepas maktab, ko posting di SK Durian Mas.. Aku di Hulu Terengganu.. Every now and then, sebelum balik Paya Datu, ko akan singgah Hulu Terengganu.. Atau kadang-kadang aku pula naik bas dan turun Kuala Terengganu, tidur kat rumah ko sebelum balik Kuala Berang..
Kemudian aku pindah ke KL.. Masa aku preggy kat Aisyah, aku pergi AMBS (Al-Muktafi BIllah Shah), tumpang tidur rumah ko sebab kena balik Terengganu amik PTK.. Ko bagi aku pinjam kereta ko masa tu.. Aku pergi dengan Maya, adik aku..
Tak lama di KL, ko bagitau aku ko masuk PKG (Pusat Kegiatan Guru).. Kalau ko datang rumah adik ko Mizang, mesti kita jumpa.. Aisyah baby ko datang, Sofea ko datang..
Then aku pulak masuk BTP (Bahagian Teknologi Pendidikan).. Masa ni ko dah mula sakit.. Bengkel yang pertama aku handle, nama ko ada tapi ko tak datang.. Di Crystal Lodge.. Ko cakap ko DEMAM.. Masa ni I had no idea worse thing is coming.. Tak lama lepas tu ko bagitau aku, ko ada kanser.. Itu pun jenuh paksa suruh bagitau.. Ko cakap, ala takde apa ni..
Tapi kita kerap jumpa kan.. Selepas tu aku try untuk amik kursus-kursus di Terengganu.. Orang ingat sebab lain, tapi aku sebenarnya mula senyap-senyap lawat ko di hospital.. Arau jumpa di rumah..
Tengok ko buat treatment.. Aku nak bagitau kawan-kawan, ko tak bagi.. Ko memang degil, tau tak..
Ko mula keluar masuk hospital.. Dan eventually ko mulakan treatment di Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya.. Masa ni ko selalu dok rumah mizang kan.. Ada masa, aku pegi amik ko di rumah.. Pastu kita keluar makan pizza lah, Sushi King lah, ada juga aku bawak ko makan mama aku masak petai.. Ko manusia paling tak berkira.. Selalunya ko lah belanja.. Aku nak bayar, ko tak bagi.. Kadang2 tu ada gak tak sempat jumpa sebab aku alone handling my kids.. Dah aku plak lepas eksiden, tak berani drive malam.. Jadi kat situ ada kekangan.. Kalay ko datang ada kena weekend, leh jumpa.. Kalau weekdays, tak dapat jumpa.. Tapi ko memang akan sentiasa update setiap kali nak datang IKN..
Kemudian, sakit ko makin teruk hari demi hari.. Daripada breast, merebak ke tulang belakang.. I've seen you under lots of treatment.. Jap kurus jap chubby, jap lagi ko botak smpai licin kepala dan kening ko.. I've seen it all.. Masa ni aku berdegil mula bagitau kawan-kawan sekelas.. Tapi tetap tak mention apa-apa di Facebook.. Nanti ko merajuk kang, tanak jumpa aku plak kan..
All these years Nita, through ups and downs.. Aku antara yang menyaksikan kesakitan ko.. Walaupun bila amik gambar, orang tengok senyum je.. Hakikatnya Tuhan je tau penderitaan ko.. Saat ko terlantar kurus kering, saat sebelah tangan ko dah tak bermaya, ko masih jawab call kawan-macam ko baru bangun tido kan.. Orang dengar suara ko akan cakap "Eh dengar suara dia elok je".. Tu lah Nita.. AKu selalu minta Abdah update dengan aku.. Aku ada kekangan kewangan dan aku tau ko faham sebab ko pun ada masa ups and downs aku.. Tapi aku dah tanamkan niat, hujung bulan cuti Krismas, aku nak pergi.. Tapi ko pergi dulu Nita.. Ko pergi sebelum sempat aku ucap selamat tinggal dan peluk ko untuk kali yang terakhir..
Nita, semalam aku tengah drive masa Ustaz Zul mesej kat Whatsapp aku.. Benda pertama aku buat adalah pull over dan menangis semahunya.. Aisyah dan Sofea yang tenangkan aku.. Selepas tu baru aku mula mesej kawan-kawan PIPS, call Mama aku dan maklumkan di Facebook..
Aku hilang kata2, Nita.. Aku tak tau apa aku nak karang di Facebook.. Aku cuma copy ayat yang biasa dan aku sambung post benda lain.. Hakikatnya aku hilang kata-kata..
Dan pagi ini aku bangun, benda pertama aku buat adalah tengok gambar-gambar dengan ko ni.. I can't really believe you are gone now, Nita.. Tapi aku juga sedar bahawa ko dan terlalu menderita.. Semoga Allah menempatkan ko di kalangan orang yang beriman.. Innalilla hi wa inna ila hi raji'un..
Anita@Aziza binti Mohamad
23 Ogos 1977 - 24 Disember 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)