Let's talk about EMPATHY
EMPATHY: The most essential quality of CIVILIZATION.
Jap, nak explain beberapa kategori manusia, dari sudut pandangan aku sendiri.
1) Apa yang tak jadi pada diri dia sendiri, dia rasa takkan jadi pada orang lain juga.
"Eh tak mungkinlah suami kau nak buat macam tu. Suami aku tak buat macam tu. Kau yg salah ni kot."
Jenis ni mungkin hidup dia smooth dan jarang ada ujian2. Jadi pemikiran dia jadi agak shallow iaitu dia berfikir dgn cara yang sangat simple.
2) Pernah terjadi pada diri sendiri tapi buat tak faham bila jadi pada orang lain.
"Bos, anak saya demam. Boleh saya nak cuti?" "Orang lain pun ada anak. Hantar pergi rumah mak dan masuk meeting sekarang juga!" (nasib baik bos aku very understanding. Hahah naya dapat bos mcm ni. Tapi mmg pernah dapat pun, dulu.)
Mungkin pengalaman hidup dia telah menyebabkan dia jadi selfish. Or maybe he/she was born selfish. Dah memang spesis jenis x peduli apa orang rasa. Agaknya lah kan.
3) Tak pernah terjadi pada diri sendiri tapi masih boleh rasa simpati pada orang lain. Ini ada empati la jugak tu.
3) Something bad happen to him/her once, and she can relate and feels what others feel. Ni kategori empati paling memahami la, aku rasa. Sebab dia "merasa" apa yang orang lain rasa. Meletakkan diri sendiri di tempat orang lain.
SO WHY IS EMPATHY IS IMPORTANT?
Empathy is:
seeing with the eyes of another,
listening with the ears of another,
and feeling with the eyes of another.
"We must understand before we judge." - Yang ni yang ramai sangat fail. Fail to understand, fail to see/listen/feel of someone else's hardships. Bila nak cakap, tak fikir panjang. Yang bersuami kaya dan penyayang, ckp tentang suami dia dengan kawan yang baru dipukul suami. Yang beranak ramai, cakap tentang pening uruskan anak dgn kawan yang dah 20 tahun kawin tapi tak dikurniakan anak. Atau yang bergaji RM20k sebulan cakap tentang kesukaran hidup dengan kawan yang bergaji sebulan RM800.
Kalau tak mampu nak letakkan diri dalam kesukaran dan penderitaan yang dialami orang lain, maka diam itu lebih baik dari berkata-kata. Empati dan simpati ni, kalau takde dalam diri seseorang manusia, senang cakap, jangan jadi manusia la.. Kalau tak mampu jugak nak merasa apa orang lain rasa, be silent. Jangan cakap apa2 langsung. Okay?
0 comments:
Post a Comment