Pages

Tuesday, October 6, 2015

MAKLUMAT KEMASUKAN MURID KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK AMBILAN JANUARI 2016



Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Online Kemasukan Murid Ke Program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2016 dibuka mulai 5 Oktober hingga 20 Disember 2015. Tawaran ini terbuka kepada semua murid Tingkatan Tiga (3) Tahun 2015.

Terdapat beberapa program yang ditawarkan iaitu :
a.    Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia)
b.    Aliran Teknikal – Sekolah Menengah Teknik (menjurus kepada Sijil Pelajaran Malaysia)
c.    Program Kemahiran (Sijil Kemahiran Malaysia)

Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia) berdasarkan sistem semester. Waktu pembelajaran bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang berpandukan Takwim Pengajian Kolej Vokasional yang dikeluarkan setiap tahun.

Murid akan mengikuti empat (4) semester / dua (2) tahun dan memperolehi Sijil Vokasional Malaysia (SVM) di mana mata pelajaran Bahasa Melayu setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Murid akan didedahkan dengan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang merangkumi komponen akademik dan vokasional dengan nisbah 30 : 70.

Murid yang tamat dengan jayanya SVM akan ditawarkan mengikuti program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) selama lima (5) semester termasuk menjalani latihan industri (On-job Training) sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan.

Aliran Teknikal – Sekolah Menengah Teknik (menjurus kepada Sijil Pelajaran Malaysia) di tawarkan di 9 buah Sekolah Menengah Teknik‎ seluruh Malaysia memberi fokus kepada bidang/pengajian seperti berikut.

Bidang-bidang tersebut adalah :
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Mekanikal
Perdagangan
Sains Pertanian

Tempoh pengajian adalah selama dua (2) tahun iaitu di:
a. Tingkatan 4
b. Tingkatan 5
dan seterusnya dinilai melalui Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Program Kemahiran – akan dilaksanakan selama dua (2) tahun di beberapa Kolej Vokasional yang dipilih. Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Kolej Vokasional adalah menggunakan persijilan yang berdasarkan National Occupational Skills Standard- (NOSS) yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) .

Murid turut didedahkan dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah dan Matematik . Kursus yang ditawarkan adalah berdasarkan keperluan industri setempat dan bertujuan untuk melahirkan pekerja separa mahir bagi keperluan industri. Murid yang tamat boleh meneruskan pengajian ke peringkat kemahiran yang lebih tinggi selain daripada  menjadi usahawan dan bekerja di industri.


Syarat permohonan dan maklumat kursus boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang KPM di alamat http://www.moe.gov.my. Pemohon juga boleh menghubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) di talian 038884 5154 / 5086 /  5089 / 5067.

MENGELAKKAN ANAK BERCAKAP PELAT


Kedua² anak saya mula bercakap lebih kurang pada usia 1-2 tahun. Mereka juga tidak pernah pelat dan ramai yang bertanyakan tips bagaimana anak saya boleh bercakap dengan lancar walaupun masih kecil. Cuba perhatikan sekeliling anda, ada kanak² yang bercakap terus (tanpa pelat) dan ada yang bercakap pelat. Kenapa ini boleh berlaku?

Perlu diingatkan bahawa PELAT BUKAN KERANA LIDAH PENDEK. 

Lumrah sesetengah ibu atau ayah, bila bercakap dengan anak², mereka akan menggunakan perkataan seperti "shushu" (susu), "bebear" (teddy bear), "busyuk" (busuk), "tencin" (kencing) dan sebagainya.

Anak belajar melalui pemerhatian. Sama ada dari anda sebagai ibu bapa, atau dari sekeliling. Sekiranya anda kerap menggunakan istilah² yang seperti contoh di atas, anda sedang melatih anak anda bercakap pelat.


  • IBU BAPA YANG BERCAKAP PELAT ADALAH SANGAT TIDAK 'CUTE'. Please stop it, right away. Untuk permulaan untuk menghentikan atau mengelakkan pelat pada anak² anda, anda sendiri mesti menghentikan tabiat ini. Anak² yang terbiasa dengan ibu bapa yang menyebut pelat adalah result kepada anak² yang bercakap pelat.

  • Betulkan sebutan anak² sekiranya anda mendapati mereka menyebut perkataan dengan pelat. Betulkan dengan menyebut semula perkataan yang betul. Sekiranya anak anda mula menyebut dengan betul, jangan lupa memberikan reward pujian dan pelukan.

  • Bercakaplah dengan perlahan-lahan. Apabila anda bercakap dengan terlalu laju, anak anda yang masih kecil gagal 'menangkap' bunyi perkataan dengan betul. Ini juga boleh menjadi punca anak menyebut perkataan tersebut dengan pelat kerana dia menganggap bunyinya sama.

  • R,S,F,D,T. Ini adalah 5 konsonan paling kerap disebut dengan pelat. Keraplah menggunakan perkataan yang ada huruf² konsonan ini. Insya-Allah dengan latihan berterusan, pelat anak anda akan hilang.

  • Beri semangat dan pujian. Adakala anak² akan mula give-up apabila dia masih gagal menyebut. Biasanya berlaku pada anak² yang sedikit besar (toddler), terutamanya apabila ada saudara atau rakan² yang mengejek. Ibu bapa sendiri jangan cepat putus asa atau marah apabila anak kerapkali mengulang sebutan dengan pelat. Membuat bunyi memerlukan skills dan latihan yang dibiasakan sejak bayi. Ini adalah salah satu sebab kenapa bayi gemar berbunyi-bunyi sepanjang masa kerana bunyi-bunyian merupakan latihan asas bayi kepada membunyikan perkataan dan mereka sebenarnya cuba meniru bunyi orang dewasa.

  • Bercerita dan bercakap dengan sebutan yang betul juga sangat membantu anak² anda bercakap dengan betul.
Dengan ini diharapkan panduan ini berguna kepada ibu bapa yang mempunyai anak pelat, atau ibu bapa baru.

Semoga berjaya!


 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com