Pages

Tuesday, October 6, 2015

MENGELAKKAN ANAK BERCAKAP PELAT


Kedua² anak saya mula bercakap lebih kurang pada usia 1-2 tahun. Mereka juga tidak pernah pelat dan ramai yang bertanyakan tips bagaimana anak saya boleh bercakap dengan lancar walaupun masih kecil. Cuba perhatikan sekeliling anda, ada kanak² yang bercakap terus (tanpa pelat) dan ada yang bercakap pelat. Kenapa ini boleh berlaku?

Perlu diingatkan bahawa PELAT BUKAN KERANA LIDAH PENDEK. 

Lumrah sesetengah ibu atau ayah, bila bercakap dengan anak², mereka akan menggunakan perkataan seperti "shushu" (susu), "bebear" (teddy bear), "busyuk" (busuk), "tencin" (kencing) dan sebagainya.

Anak belajar melalui pemerhatian. Sama ada dari anda sebagai ibu bapa, atau dari sekeliling. Sekiranya anda kerap menggunakan istilah² yang seperti contoh di atas, anda sedang melatih anak anda bercakap pelat.


  • IBU BAPA YANG BERCAKAP PELAT ADALAH SANGAT TIDAK 'CUTE'. Please stop it, right away. Untuk permulaan untuk menghentikan atau mengelakkan pelat pada anak² anda, anda sendiri mesti menghentikan tabiat ini. Anak² yang terbiasa dengan ibu bapa yang menyebut pelat adalah result kepada anak² yang bercakap pelat.

  • Betulkan sebutan anak² sekiranya anda mendapati mereka menyebut perkataan dengan pelat. Betulkan dengan menyebut semula perkataan yang betul. Sekiranya anak anda mula menyebut dengan betul, jangan lupa memberikan reward pujian dan pelukan.

  • Bercakaplah dengan perlahan-lahan. Apabila anda bercakap dengan terlalu laju, anak anda yang masih kecil gagal 'menangkap' bunyi perkataan dengan betul. Ini juga boleh menjadi punca anak menyebut perkataan tersebut dengan pelat kerana dia menganggap bunyinya sama.

  • R,S,F,D,T. Ini adalah 5 konsonan paling kerap disebut dengan pelat. Keraplah menggunakan perkataan yang ada huruf² konsonan ini. Insya-Allah dengan latihan berterusan, pelat anak anda akan hilang.

  • Beri semangat dan pujian. Adakala anak² akan mula give-up apabila dia masih gagal menyebut. Biasanya berlaku pada anak² yang sedikit besar (toddler), terutamanya apabila ada saudara atau rakan² yang mengejek. Ibu bapa sendiri jangan cepat putus asa atau marah apabila anak kerapkali mengulang sebutan dengan pelat. Membuat bunyi memerlukan skills dan latihan yang dibiasakan sejak bayi. Ini adalah salah satu sebab kenapa bayi gemar berbunyi-bunyi sepanjang masa kerana bunyi-bunyian merupakan latihan asas bayi kepada membunyikan perkataan dan mereka sebenarnya cuba meniru bunyi orang dewasa.

  • Bercerita dan bercakap dengan sebutan yang betul juga sangat membantu anak² anda bercakap dengan betul.
Dengan ini diharapkan panduan ini berguna kepada ibu bapa yang mempunyai anak pelat, atau ibu bapa baru.

Semoga berjaya!


0 comments:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com