Pages

Saturday, November 26, 2016

TAKDE JADUAL BELAJAR PUN TAK APA..

Speaking of timetable;

Honestly saya takde timetable. Percaya tak.. Hihi.. 




Masa main, diorang boleh main sepah cmna pun. Tp masa belajar, diorang kena bersungguh2 jugak. Tapi, ibubapa wajib tau dulu learning style setiap anak..

Aisyah boleh belajar beberapa jam.. Saya cuma pastikan ada break di antaranya.. Dia bleh go on 30-60 min (ikut suka dia) kemudian break 15-30 min, dan sambung lagi. Sofea pula belajar dalam 15-30 min dan rehat 5min pastu sambung lagi dan ulang lagi.

Formula dia lebih kurang camni (belajar-rehat-belajar-rehat), waktu adalah jumlah minit
Aisyah: 30-15-30-15 @ 60-30-60-30
Sofea: 15-5-15-5 @ 30-15-30-15



Kenapa waktu Aisyah dan Sofea berbeza? Kerana mereka bukan dari kategori learning styles yang sama. Aisyah adalah spatial (visual) + auditory (aural) + mathematical (logical) learner manakala sofea adalah kinesthetic (physical) + interpersonal (social) learner. Aisyah boleh hadap facts berjam-jam manakala sofea cepat jemu dan dia perlu bergerak. Maka sebab pecahan waktu study-break dia lebih pendek. Aisyah boleh menghafal hanya dengan membaca manakala Sofea perlu belajar melalui sentuhan, pergerakan fizikal, experiments dan sebagainya.

Waktu belajar pula, depends. Biasanya setiap Sabtu Ahad, mereka belajar pukul 9 pagi hingga 11am@12tgh. Kalau dekat2 exam, adakala Sofea dia akan tetiba jadi 1 hari suntuk, Kakak kekal mcm biasa. Ikut depa lah. Saya pantau je hihi.. Jadi kalau kekal momentum Sabtu Ahad ni sepanjang tahun, maka anda tak perlu risau tentang exam lagi dah. Bukan setiap Sabtu Ahad ya. Kadang Sabtu dah belajar, Ahad tak belajar lagi dah. Atau Ahad je belajar, Sabtu tu guna untuk tengok movie ke dan apa2 lah. Sebab saya bukan ajar subjek2 je. Ada juga brain training, IQ & EQ. Jadi yg ni sebahagian dari program 'home tuition" saya pada anak2.



Tak perlu nak stress suruh anak belajar setiap hari. Anak2 saya takde study time petang, atau malam. Waktu tu kita ajar apa pun tak masuk. Menjelaskan kenapa saya tak hantar anak ke sekolah KAFA.

Sekarang bolehlah anda sesuaikan cara saya ni, dengan cuti sekolah. Mungkin mereka boleh belajar weekdays saja, asalkan sebelum tengahari. 

Yang sepatutnya ada jadual, adalah ibubapa. Bukan anak. Ibubapa yang kena atur jadual masing supaya2 siapa tahu nak ajar apa, nak berapa lama. Waktu nak ajar anak sila pastikan take away all the devices. Offkan data atau silentkan mobile device.

Untuk sesi brain training, IQ dan EQ, kita cerita di post lain ya.

Friday, November 25, 2016

CERITA DAN DIDIKLAH TENTANG ADAB MAKAN PADA ANAK-ANAKMU




Ada sekali, bawak anak pergi fast food.. selesai makan, mmg anak2 ni diajar kemas meja, lap mana tumpah dan angkat buang sisa2 ke tempat sepatutnya.

Pekerja fast food dgn manager dia datang.. Saya ckp biarkan. Mereka tengok dgn pandangan pelik, seorang ibu suruh anak2 kemas meja.. Sisa2 dibuang ke dalam bekas sampah.. Tumpahan air, dilap.. Kalau ada tempat letak pinggan, ke situ lah saya suruh. Jika takde, susun elok2 di dalam tray, senang pekerja nak kemas kemudian.

Anak2 mesti dilatih untuk kemas selepas makan. Jangan tau makan je. Yes, they are not perfect doing it. Ada masa mereka akan terus buat, ada masa perlu diingatkan.. But until then, perkara ini wajib dijadikan habit.. Sehingga melekat kuat dalam kepala.. Sehingga mereka akan rasa janggal bila tinggalkan sisa makanan..

Sama juga di rumah. Sebelum makan, mereka lapik suratkhabar dan barulah letakkan pinggan & mangkuk berisi makanan. Sesudah makan, wajib buang semua sisa makanan (tulang2 etc saja, bkn sisa pembaziran), kemas meja dan basuh pinggan mangkuk..




Disiplin makanan ni, mmg kena didik dari kecil. Kena tekan. Kena ulang sampai hadam. Disiplin ambil makan, secukupnya sahaja. Tak cukup, boleh tambah kemudian. Kalau dah ambil lepas tu tak habis, siaplah kau berdepan dengan mommy monster ni.. Alamatnya kehilangan satu meal pada hari itu. Contohnya kalau lunch tak habis, no minum petang. Puasa lah kau, wahai anak.

Kalau bawak bekal, tak habis, sama juga. Ibu akan soal siasat. Kenapa tak habis? Main ke? Kenapa tak share dengan kawan? Etc etc.. Hukumannya, no dinner for you atau esok takde bekal. "Kejamnya kau biar anak lapar!" Itu lebih baik daripada anak dibiarkan membazir tanpa pengajaran. Sekalipun ada "no dinner" punishment, setidak-tidaknya mesti bagi dia minum milo + nestum untuk isi perut. Kang gastrik, datang masalah baru pulak, kan. Tapi bila implement hukuman 'no bekal for you tomorrow', adalah setahun sekali je kot tak bawak bekal. Nampak tak keberkesanannya di situ?



Hasilnya, anak2 lebih menghargai makanan. Sekalipun nasi panas berlaukkan sup ayam atau telur dadar, mereka akan enjoy dan appreciate rezeki. Jarang kedengaran mereka komplen tentang masin ke, tawar ke.. (kecuali pedas, sbb Aisyah tak tahan pedas).. Bekal akan habis. Sama ada dikongsi atau makan sendiri. Kalau tak habis, mereka akan habiskan tghri selepas balik sekolah, kemudian baru makan lunch lain jika perlu. (Bekal mereka adalah nasi, roti, spageti dan sewaktu dengannya, jadi jgn heran sangat jika bekal sekolah boleh jadi lunch. Sbb mengenyangkan.) Bekal juga disediakan awal pagi, bkn malam sebelumnya.

LAPAR memang mampu mendidik manusia menjadi lebih baik. Lebih bersyukur. Manusia yang selalu kekenyangan, adakala tidak memahami erti syukur. Ajar anak dgn sesekali berlapar, dengan tujuan mendidik. Tapi mesti fahamkan konsep. Bukan biar lapar smpai anak kurus kering. (Anak saya sihat walafiat gebu gebas keduanya, ya!)

Saya juga save sebanyaknya gambar2 poverty, kebuluran, homeless, dan sebagainya. Gambar2 ini disimpan, ditunjukkan bila perlu sambil mendidik.. Anak2 mesti diajar menghargai rezeki.. Jika tidak, mereka akan jadi manusia yang tidak tahu bersyukur, yang kuat komplen..
Saya rasa, tak perlu explain kenapa kena ajar anak dengan perkara2 seperti ini. Dah penat dan loya tengok orang Malaysia pemalas, yang tinggal sisa makan di meja, mengharapkan pekerja datang kemas. Benda boleh buat sendiri, tak reput pun tangan bila buat, kenapa nak tunggu orang buat?

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com