Ada sekali, bawak anak pergi fast food.. selesai makan, mmg anak2 ni diajar kemas meja, lap mana tumpah dan angkat buang sisa2 ke tempat sepatutnya.
Pekerja fast food dgn manager dia datang.. Saya ckp biarkan. Mereka tengok dgn pandangan pelik, seorang ibu suruh anak2 kemas meja.. Sisa2 dibuang ke dalam bekas sampah.. Tumpahan air, dilap.. Kalau ada tempat letak pinggan, ke situ lah saya suruh. Jika takde, susun elok2 di dalam tray, senang pekerja nak kemas kemudian.
Anak2 mesti dilatih untuk kemas selepas makan. Jangan tau makan je. Yes, they are not perfect doing it. Ada masa mereka akan terus buat, ada masa perlu diingatkan.. But until then, perkara ini wajib dijadikan habit.. Sehingga melekat kuat dalam kepala.. Sehingga mereka akan rasa janggal bila tinggalkan sisa makanan..
Sama juga di rumah. Sebelum makan, mereka lapik suratkhabar dan barulah letakkan pinggan & mangkuk berisi makanan. Sesudah makan, wajib buang semua sisa makanan (tulang2 etc saja, bkn sisa pembaziran), kemas meja dan basuh pinggan mangkuk..
Kalau bawak bekal, tak habis, sama juga. Ibu akan soal siasat. Kenapa tak habis? Main ke? Kenapa tak share dengan kawan? Etc etc.. Hukumannya, no dinner for you atau esok takde bekal. "Kejamnya kau biar anak lapar!" Itu lebih baik daripada anak dibiarkan membazir tanpa pengajaran. Sekalipun ada "no dinner" punishment, setidak-tidaknya mesti bagi dia minum milo + nestum untuk isi perut. Kang gastrik, datang masalah baru pulak, kan. Tapi bila implement hukuman 'no bekal for you tomorrow', adalah setahun sekali je kot tak bawak bekal. Nampak tak keberkesanannya di situ?
Hasilnya, anak2 lebih menghargai makanan. Sekalipun nasi panas berlaukkan sup ayam atau telur dadar, mereka akan enjoy dan appreciate rezeki. Jarang kedengaran mereka komplen tentang masin ke, tawar ke.. (kecuali pedas, sbb Aisyah tak tahan pedas).. Bekal akan habis. Sama ada dikongsi atau makan sendiri. Kalau tak habis, mereka akan habiskan tghri selepas balik sekolah, kemudian baru makan lunch lain jika perlu. (Bekal mereka adalah nasi, roti, spageti dan sewaktu dengannya, jadi jgn heran sangat jika bekal sekolah boleh jadi lunch. Sbb mengenyangkan.) Bekal juga disediakan awal pagi, bkn malam sebelumnya.
LAPAR memang mampu mendidik manusia menjadi lebih baik. Lebih bersyukur. Manusia yang selalu kekenyangan, adakala tidak memahami erti syukur. Ajar anak dgn sesekali berlapar, dengan tujuan mendidik. Tapi mesti fahamkan konsep. Bukan biar lapar smpai anak kurus kering. (Anak saya sihat walafiat gebu gebas keduanya, ya!)
Saya juga save sebanyaknya gambar2 poverty, kebuluran, homeless, dan sebagainya. Gambar2 ini disimpan, ditunjukkan bila perlu sambil mendidik.. Anak2 mesti diajar menghargai rezeki.. Jika tidak, mereka akan jadi manusia yang tidak tahu bersyukur, yang kuat komplen..
Saya rasa, tak perlu explain kenapa kena ajar anak dengan perkara2 seperti ini. Dah penat dan loya tengok orang Malaysia pemalas, yang tinggal sisa makan di meja, mengharapkan pekerja datang kemas. Benda boleh buat sendiri, tak reput pun tangan bila buat, kenapa nak tunggu orang buat?
0 comments:
Post a Comment