Speaking of timetable;
Honestly saya takde timetable. Percaya tak.. Hihi..
Masa main, diorang boleh main sepah cmna pun. Tp masa belajar, diorang kena bersungguh2 jugak. Tapi, ibubapa wajib tau dulu learning style setiap anak..
Aisyah boleh belajar beberapa jam.. Saya cuma pastikan ada break di antaranya.. Dia bleh go on 30-60 min (ikut suka dia) kemudian break 15-30 min, dan sambung lagi. Sofea pula belajar dalam 15-30 min dan rehat 5min pastu sambung lagi dan ulang lagi.
Formula dia lebih kurang camni (belajar-rehat-belajar-rehat), waktu adalah jumlah minit
Aisyah: 30-15-30-15 @ 60-30-60-30
Sofea: 15-5-15-5 @ 30-15-30-15
Sofea: 15-5-15-5 @ 30-15-30-15
Kenapa waktu Aisyah dan Sofea berbeza? Kerana mereka bukan dari kategori learning styles yang sama. Aisyah adalah spatial (visual) + auditory (aural) + mathematical (logical) learner manakala sofea adalah kinesthetic (physical) + interpersonal (social) learner. Aisyah boleh hadap facts berjam-jam manakala sofea cepat jemu dan dia perlu bergerak. Maka sebab pecahan waktu study-break dia lebih pendek. Aisyah boleh menghafal hanya dengan membaca manakala Sofea perlu belajar melalui sentuhan, pergerakan fizikal, experiments dan sebagainya.
Waktu belajar pula, depends. Biasanya setiap Sabtu Ahad, mereka belajar pukul 9 pagi hingga 11am@12tgh. Kalau dekat2 exam, adakala Sofea dia akan tetiba jadi 1 hari suntuk, Kakak kekal mcm biasa. Ikut depa lah. Saya pantau je hihi.. Jadi kalau kekal momentum Sabtu Ahad ni sepanjang tahun, maka anda tak perlu risau tentang exam lagi dah. Bukan setiap Sabtu Ahad ya. Kadang Sabtu dah belajar, Ahad tak belajar lagi dah. Atau Ahad je belajar, Sabtu tu guna untuk tengok movie ke dan apa2 lah. Sebab saya bukan ajar subjek2 je. Ada juga brain training, IQ & EQ. Jadi yg ni sebahagian dari program 'home tuition" saya pada anak2.
Tak perlu nak stress suruh anak belajar setiap hari. Anak2 saya takde study time petang, atau malam. Waktu tu kita ajar apa pun tak masuk. Menjelaskan kenapa saya tak hantar anak ke sekolah KAFA.
Sekarang bolehlah anda sesuaikan cara saya ni, dengan cuti sekolah. Mungkin mereka boleh belajar weekdays saja, asalkan sebelum tengahari.
Yang sepatutnya ada jadual, adalah ibubapa. Bukan anak. Ibubapa yang kena atur jadual masing supaya2 siapa tahu nak ajar apa, nak berapa lama. Waktu nak ajar anak sila pastikan take away all the devices. Offkan data atau silentkan mobile device.
Untuk sesi brain training, IQ dan EQ, kita cerita di post lain ya.