Pages

Sunday, December 27, 2015

TAKWIM 2016 (HARI PERSEKOLAHAN, HARI KELEPASAN DAN GAJI KAKITANGAN AWAM BAGI 2016I)

(Saya upload beberapa jenis supaya anda boleh memilih untuk save kan gambar mengikut kesukaan)

PENGGAL PERSEKOLAHAN 2016




 HARI KELEPASAN 2016




TARIKH PEMBAYARAN GAJI BULANAN 2016 BAGI KAKITANGAN AWAM





Tuesday, October 6, 2015

MAKLUMAT KEMASUKAN MURID KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK AMBILAN JANUARI 2016



Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Online Kemasukan Murid Ke Program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2016 dibuka mulai 5 Oktober hingga 20 Disember 2015. Tawaran ini terbuka kepada semua murid Tingkatan Tiga (3) Tahun 2015.

Terdapat beberapa program yang ditawarkan iaitu :
a.    Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia)
b.    Aliran Teknikal – Sekolah Menengah Teknik (menjurus kepada Sijil Pelajaran Malaysia)
c.    Program Kemahiran (Sijil Kemahiran Malaysia)

Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia) berdasarkan sistem semester. Waktu pembelajaran bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang berpandukan Takwim Pengajian Kolej Vokasional yang dikeluarkan setiap tahun.

Murid akan mengikuti empat (4) semester / dua (2) tahun dan memperolehi Sijil Vokasional Malaysia (SVM) di mana mata pelajaran Bahasa Melayu setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Murid akan didedahkan dengan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang merangkumi komponen akademik dan vokasional dengan nisbah 30 : 70.

Murid yang tamat dengan jayanya SVM akan ditawarkan mengikuti program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) selama lima (5) semester termasuk menjalani latihan industri (On-job Training) sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan.

Aliran Teknikal – Sekolah Menengah Teknik (menjurus kepada Sijil Pelajaran Malaysia) di tawarkan di 9 buah Sekolah Menengah Teknik‎ seluruh Malaysia memberi fokus kepada bidang/pengajian seperti berikut.

Bidang-bidang tersebut adalah :
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Mekanikal
Perdagangan
Sains Pertanian

Tempoh pengajian adalah selama dua (2) tahun iaitu di:
a. Tingkatan 4
b. Tingkatan 5
dan seterusnya dinilai melalui Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Program Kemahiran – akan dilaksanakan selama dua (2) tahun di beberapa Kolej Vokasional yang dipilih. Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Kolej Vokasional adalah menggunakan persijilan yang berdasarkan National Occupational Skills Standard- (NOSS) yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) .

Murid turut didedahkan dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah dan Matematik . Kursus yang ditawarkan adalah berdasarkan keperluan industri setempat dan bertujuan untuk melahirkan pekerja separa mahir bagi keperluan industri. Murid yang tamat boleh meneruskan pengajian ke peringkat kemahiran yang lebih tinggi selain daripada  menjadi usahawan dan bekerja di industri.


Syarat permohonan dan maklumat kursus boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang KPM di alamat http://www.moe.gov.my. Pemohon juga boleh menghubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) di talian 038884 5154 / 5086 /  5089 / 5067.

MENGELAKKAN ANAK BERCAKAP PELAT


Kedua² anak saya mula bercakap lebih kurang pada usia 1-2 tahun. Mereka juga tidak pernah pelat dan ramai yang bertanyakan tips bagaimana anak saya boleh bercakap dengan lancar walaupun masih kecil. Cuba perhatikan sekeliling anda, ada kanak² yang bercakap terus (tanpa pelat) dan ada yang bercakap pelat. Kenapa ini boleh berlaku?

Perlu diingatkan bahawa PELAT BUKAN KERANA LIDAH PENDEK. 

Lumrah sesetengah ibu atau ayah, bila bercakap dengan anak², mereka akan menggunakan perkataan seperti "shushu" (susu), "bebear" (teddy bear), "busyuk" (busuk), "tencin" (kencing) dan sebagainya.

Anak belajar melalui pemerhatian. Sama ada dari anda sebagai ibu bapa, atau dari sekeliling. Sekiranya anda kerap menggunakan istilah² yang seperti contoh di atas, anda sedang melatih anak anda bercakap pelat.


  • IBU BAPA YANG BERCAKAP PELAT ADALAH SANGAT TIDAK 'CUTE'. Please stop it, right away. Untuk permulaan untuk menghentikan atau mengelakkan pelat pada anak² anda, anda sendiri mesti menghentikan tabiat ini. Anak² yang terbiasa dengan ibu bapa yang menyebut pelat adalah result kepada anak² yang bercakap pelat.

  • Betulkan sebutan anak² sekiranya anda mendapati mereka menyebut perkataan dengan pelat. Betulkan dengan menyebut semula perkataan yang betul. Sekiranya anak anda mula menyebut dengan betul, jangan lupa memberikan reward pujian dan pelukan.

  • Bercakaplah dengan perlahan-lahan. Apabila anda bercakap dengan terlalu laju, anak anda yang masih kecil gagal 'menangkap' bunyi perkataan dengan betul. Ini juga boleh menjadi punca anak menyebut perkataan tersebut dengan pelat kerana dia menganggap bunyinya sama.

  • R,S,F,D,T. Ini adalah 5 konsonan paling kerap disebut dengan pelat. Keraplah menggunakan perkataan yang ada huruf² konsonan ini. Insya-Allah dengan latihan berterusan, pelat anak anda akan hilang.

  • Beri semangat dan pujian. Adakala anak² akan mula give-up apabila dia masih gagal menyebut. Biasanya berlaku pada anak² yang sedikit besar (toddler), terutamanya apabila ada saudara atau rakan² yang mengejek. Ibu bapa sendiri jangan cepat putus asa atau marah apabila anak kerapkali mengulang sebutan dengan pelat. Membuat bunyi memerlukan skills dan latihan yang dibiasakan sejak bayi. Ini adalah salah satu sebab kenapa bayi gemar berbunyi-bunyi sepanjang masa kerana bunyi-bunyian merupakan latihan asas bayi kepada membunyikan perkataan dan mereka sebenarnya cuba meniru bunyi orang dewasa.

  • Bercerita dan bercakap dengan sebutan yang betul juga sangat membantu anak² anda bercakap dengan betul.
Dengan ini diharapkan panduan ini berguna kepada ibu bapa yang mempunyai anak pelat, atau ibu bapa baru.

Semoga berjaya!


Wednesday, September 30, 2015

HOW TO PERMANENTLY DELETE YOUR FACEBOOK ACCOUNT?



Facebook ni technically dia tak akan membenarkan kita delete akaun sesuka hati. Biasanya setakat deactivate je kan.

Tp bagi sesiapa yg nak delete akaun Facebook, sila ikuti step di bawah:


1) Sebelum delete, sila muat turun segala data berkaitan dari Facebook anda.



Klik pada "Download a copy..."

2) Pergi pada link ini:

 https://www.facebook.com/help/delete_account
Akan keluar paparan seperti ini:


Klik pada "Delete My Account" ye

3) Akan keluar pula paparan seperti di bawah ini. Masukkan password Facebook anda dan juga "Text in the box" seperti paparan di bawah:

Klik "OK"

4) Anda akan mendapati akan muncul paparan ini:

Klik "Okay"

5) Anda akan menerima emel pada alamat emel yang anda daftarkan untuk akaun Facebook anda, seperti ini:





Sekiranya anda klik pada link yang diberi, anda akan dibawa semula ke Facebook dengan paparan seperti di bawah:


Di paparan ini dinyatakan hari dan tarikh akaun Facebook anda akan dihapuskan untuk selamanya. Klik pada "Confirm Deletion"


6) Perlu diingatkan bahawa selepas anda menekan "Confirm Deletion", akaun Facebook anda akan di'deactivate'kan selama 14 hari. Sepanjang tempoh deactivation, jangan log in atau akaun anda akan kembali aktif. Selepas 14 hari tanpa login, baru lah akaun Facebook anda akan di delete untuk selamanya. Tetapi sekiranya anda berubah fikiran, anda hanya perlu login ke Facebook anda seperti biasa dalam tempoh 14 hari dan akaun anda akan kembali aktif.

:)



Thursday, July 30, 2015

RUMAH JAGA SEPARUH DARI HIDUP KAMI (Sekadar satu renungan)




Saya persembahkan satu pengalaman sedih saya semasa menjadi pegawai pelajaran daerah utk tatapan kerana lebih ramai orang suka membaca pengalaman dari tulisan berbentuk ilmu semata. Ambillah iktibar. Bukakan hatimu.

Malam itu saya bersama pemandu membuat semakan ke sekolah-sekolah untuk menyelia kerja pengawal keselamatan sekolah. Beberapa sekolah disinggahi. Akhirnya saya sampai di satu sekolah kebangsaan yg dipinggir bandar.


Bila kenderaan kami berhenti di pintu pagar sekolah, saya turun. Seorang lelaki tua berunifom jaga yg saya jangka 60 an menegur saya. Saya cepat memperkenal diri dan minta memeriksa beberapa perkara.


Dia seperti keberatan untuk membenarkan saya masuk ke pondok pengawal, tetapi bila diminta dia beralah.


Saya menolak pintu bilik pengawal untuk masuk. Pintu yg ditolak tertampan sesuatu, lalu saya menjengok ke dalam.


Ya Allah, seorang remaja perempun belasan tahun sedang tidur beralas tikar rumput di lantai, berbantal lipatan kain. Tidurnya mengiring kerana kakinya kena di bengkok disebabkan bilik yg sempit. Begitu nyenyak dia hingga tidak sedar kakinya tertampan pintu. Kasut sekolah, beg dan unifom sekolah menengah diletak ditepinya.


Saya tidak menerus hajat untuk masuk dan mengajak orang tua itu berbual di luar. Dalam nada yg sedikit terketar, mungkin rasa bersalah, dia berkata, "Minta maaf encik, anak saya, menumpang tidur di pondok ini."


Dia terhenti. Tutur kata perlahan dan tertib dan seperti menahan sebak.


"Tak ada siapa dirumah, mak dia dah meninggal, anak-anak dah kawin dan pindah. Saya tinggal dua beranak. Saya kena kerja untuk belanja kami berdua dan cari duit sekolah anak perempuan bongsu saya tu. Kerja lain dah tak larat, kerja jaga ni bolehlah. Saya bimbang nak tinggalkan dia seorang dirumah. Minta maaf encik, minta maaf."


Air matanya mula tergenang di sinar lampu yg berbalam. Bahunya saya gosok utk menenangkannya. Saya pula yg serba salah dan sedih.


Dia terus merintih, "Hidup waktu malam kami di sinilah telah setahun lebih bila kerana saya kerja syif malam sebab rakan ada masalah nak kerja malam. Rumah jaga ni separuh dari hidup kami dua beranak. Esok pagi anak satu akan akan ke sekolah menengah dg basikal, dia menumpang mandi di sekolah ini.


Encik,tolong,jangan repot kat toke saya dan gurubesar, saya takut kena buang kerja. Macam mana kami hidup." Di sini dia dah teresak dan mengesat air mata dg lengannya.


Saya menepuk bahunya, menyuruhnya bersabar dan menjengok sekali lagi ke dalam pondok. Tangan anak itu saya lihat menampar nyamok di pipi. Ya Allah, anak semuda ini telah diuji dg kepayahan hidup.


Sesungguhnya lelaki ini seorang yg tabah, hanya ini jalan hidup yg ada baginya. Saya dah tak sanggup mendengar kata-kata pak cik ini..


Bila saya menaiki kenderaan, pemandu nampak kehairanan kerana beberapa sekolah yg dilalui saya bersungut itu ini, tapi kali ini diam dan mengesat air mata, tetapi dia tidak berani bersuara.


Pengorbanan seorang bapa hingga penghujung usianya,selagi kudrat masih ada, keringat diperah demi penyambung hidup anak. Bila isterinya dijemput Allah, apa pilihan lagi yg ada padanya demi sesuap nasi dan keselamatan anak dara suntinya.


Jika anda pernah bersungut teruknya bekerja, susahnya hidup, ukurlah dgn orang tua ini.


Jika anak anda besungut tilam nipis, lama,katil kecil,bilik panas tak ada aircondt, ukurlah dgn anak dara orang tua ini yg bermalam di tikar, di lantai simen rumah jaga yg kakinya pun tidak boleh berlunjur.


Jika anak anda bersungut bilik air tak selesa,sarapan tidak sedap, ukurlah dg anak ini yg mandi di tandas sekolah, sarapan di mana yg sempat.


Jika nak marah anak murid lewat ke sekolah, mengantuk dalam kelas, pakaian lusuh tidak diseterika, penampilan yg comot, mulut jangan cepat mengungkap kata yg tidak elok, ambil tahulah kisah hidup yg dilalui mereka.


Jika jd ketua, ambil tahu sedikit kisah hidup orang bawah, jangan tahu mengarah shj.


Pejamkan mata, hayati keperitan hidup pak cik ini dan menangislah kerana banyak menangis akan melembutkan hati.



Copy&Paste

Friday, July 3, 2015

FACEBOOK POSTING AWARENESS CAMPAIGN.. haha




Can you see my Facebook postings?
Can you view my photos?
Or do you feel that sometimes I am away from the keyboard?

That's the power of restriction. You can use it too. You are seeing my postings, or photos of me/my family, simply because I allow you to.

In my Facebook:
▶ 50% got restricted
▶ 70% has been grouped into a few group lists,
▶ Those who got listed in restricted can ONLY see 5% of my actual posts. Yes, that means these ppl think I am rarely on Facebook. And these 5% posts are public.
▶ Just because you can read this, doesn't mean you can see all of my posts.
▶ You can see some of my posting and it gone afterwards? The post might have been deleted or simply because you are hidden from it.
▶ I want to keep you in my friendlist but doesn't want to see your posts? I simply "unfollow" your post so you don't appear again in my newsfeed
▶ Want to post something to specific person without anybody else noticing? Simply post, tag the person and set "Only Me". So only you and tagged person can read the post.
▶ I got tagged but get annoyed by the notifications? I simply click the "Notification Off" for that particular posts. Or remove the tag.
▶ You tagged me but it didn't appear on my wall? That's because none of the tagged posts can appear on my wall unless I allow them to.
▶ There are actually hundreds of tips on how to use Facebook effectively.

Use Facebook wisely.
Use Facebook responsibly.
Use Facebook safely (well, honestly nothing really safe in fb, but it's another thing to be considered).

Not everyone who claims to be your friends, are actually your FRIENDS. Safely sharing, is caring. But overly sharing, is killing!

Meh nak wat seminar penggunaan Facebook secara berhemah.. Haha.. Sapa nak? Serious. I feel the urge to spread this Facebook Posting Awareness Campaign so badly.
Ok, nak sambung filter kawan2 baru. Ramai dah strangers dlm Facebook saya ni. Dulu 10% aje strangers but now dah beratus. Tapi saya masih limit pd friends of friends request saja. Kalau takde mutual friend atau sorang dua saja, mmg saya X approve..

ALL ABOUT WHATSAPP


READ RECEIPTS
✔: Message sent 
✔✔(grey): Message delivered
✔✔(blue): Message read (dah baca)
(Kalau dalam group WhatsApp, double blue tick hanya appear sekiranya semua ahli dlm group telah baca msg tersebut)
▶ Message WhatsApp yg kita hantar boleh disemak waktu dihantar dan waktu penerima tu baca. Yes, we actually can check these.
▶ Juga message yg kita send dlm group WhatsApp, kita bleh check siapa dah dpt/belum dapat atau siapa yang dah baca..
▶ You can actually read WhatsApp messages without having to turn it into blue ticks. Yes, you read this right. Nak baca WhatsApp tapi tanak org tu tau anda dh baca? Hehhehe saya ada caranya. Tp saya hanya berminat nak share jika anda bersemuka dgn saya. Because it has pros and cons. Sorry.
▶ Blue tick hanya appear pada WhatsApp version latest. Version lama, tiada features blue tick. Jd utk org yg pakai version lama, kalau dia dh baca pun, kita X nmpk blue tick, hanya double grey tick seperti sebelum ni.
▶ Anda juga boleh off kan "Read Receipt" anda sendiri tp sekiranya anda off kan "Read Receipts" anda, anda juga takkan dpt baca "Read Receipts" orang lain.

USER STATISTICS
▶ WhatsApp semakin slow, atau selalu hang/jam? Reset semula statistic untuk kelajuan maksimum. 
▶ Setting >> Account >> Network Usage >> Reset Statistics . Jangan bimbang, mesej atau gambar di WhatsApp anda tidak hilang.. Kecuali lah anda clear chat hihi..


LAST SEEN/ STATUS/ PROFILE PIC
▶ Kalau anda off kan last seen anda, anda juga tak dpt tgk last seen org lain
▶ Setiap status, profile pic dan last seen bleh disetkan kepada "Public", "Contact" dan "No One".
▶ Kalau set kan kepada "Contact", hanya org yg anda save dlm phonebook dpt tgk. Kalau dia save no anda tp anda tak save no dia, dia tetap tak boleh tgk status/ last seen/ profile pic yg anda set kpd "Contact" (mohon betulkan jika silap)
Oh ya, penat taip guna hp? Buka http://web.whatsapp.com di any browser di laptop atau pc dan scan barcode guna feature di WhatsApp mobile anda. Kedua-dua laptop/pc dan smartphone mesti ada internet data atau to be safe, guna wifi. Apa yg anda taip di browser akan automatically keluar di WhatsApp mobile. Saya selalu transfer gmbr dr hp ke pc guna cara ni hihihi..
Ok cukup lah tu setakat ni.. Penat dah menaip haha..
P/S: Lain kali kalo nk bgtau kata anda X dpt atau belum baca WhatsApp saya, pikiaq habis2 yaaa.... Hehehhehe..

SILAKAN COPY AND PASTE TP JANGAN LUPA CREDITKAN NAMA SAYA OKAYYYY...
This is my original post ni bukan amik dari sesiapa..

Friday, June 12, 2015

LET'S TALK "EMPATHY"



Let's talk about EMPATHY

EMPATHY: The most essential quality of CIVILIZATION.

Jap, nak explain beberapa kategori manusia, dari sudut pandangan aku sendiri.

1) Apa yang tak jadi pada diri dia sendiri, dia rasa takkan jadi pada orang lain juga.
"Eh tak mungkinlah suami kau nak buat macam tu. Suami aku tak buat macam tu. Kau yg salah ni kot."
Jenis ni mungkin hidup dia smooth dan jarang ada ujian2. Jadi pemikiran dia jadi agak shallow iaitu dia berfikir dgn cara yang sangat simple.

2) Pernah terjadi pada diri sendiri tapi buat tak faham bila jadi pada orang lain.
"Bos, anak saya demam. Boleh saya nak cuti?" "Orang lain pun ada anak. Hantar pergi rumah mak dan masuk meeting sekarang juga!"  (nasib baik bos aku very understanding. Hahah naya dapat bos mcm ni. Tapi mmg pernah dapat pun, dulu.)
Mungkin pengalaman hidup dia telah menyebabkan dia jadi selfish. Or maybe he/she was born selfish. Dah memang spesis jenis x peduli apa orang rasa. Agaknya lah kan.

3) Tak pernah terjadi pada diri sendiri tapi masih boleh rasa simpati pada orang lain. Ini ada empati la jugak tu.

3) Something bad happen to him/her once, and she can relate and feels what others feel. Ni kategori empati paling memahami la, aku rasa. Sebab dia "merasa" apa yang orang lain rasa. Meletakkan diri sendiri di tempat orang lain.

SO WHY IS EMPATHY IS IMPORTANT?

Empathy is:
seeing with the eyes of another,
listening with the ears of another,
and feeling with the eyes of another.

"We must understand before we judge." - Yang ni yang ramai sangat fail. Fail to understand, fail to see/listen/feel of someone else's hardships. Bila nak cakap, tak fikir panjang. Yang bersuami kaya dan penyayang, ckp tentang suami dia dengan kawan yang baru dipukul suami. Yang beranak ramai, cakap tentang pening uruskan anak dgn kawan yang dah 20 tahun kawin tapi tak dikurniakan anak. Atau yang bergaji RM20k sebulan cakap tentang kesukaran hidup dengan kawan yang bergaji sebulan RM800.




Kalau tak mampu nak letakkan diri dalam kesukaran dan penderitaan yang dialami orang lain, maka diam itu lebih baik dari berkata-kata. Empati dan simpati ni, kalau takde dalam diri seseorang manusia, senang cakap, jangan jadi manusia la.. Kalau tak mampu jugak nak merasa apa orang lain rasa, be silent. Jangan cakap apa2 langsung. Okay?

Thursday, June 4, 2015

KEYBOARD SHORTCUTS




Keyboard Shortcuts (for Windows)

1. CTRL+C (Copy)
2. CTRL+X (Cut)
3. CTRL+V (Paste)
4. CTRL+Z (Undo)
5. DELETE (Delete)
6. SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
7. CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
8. CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
9. F2 key (Rename the selected item)
10. CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
11. CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
12. CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
13. CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
14. CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
15. CTRL+A (Select all)
16. F3 key (Search for a file or a folder)
17. ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
18. ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
19. ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
20. ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
21. CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents opensimultaneou sly)
22. ALT+TAB (Switch between the open items)
23. ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
24. F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
25. F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
26. SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
27. ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
28. CTRL+ESC (Display the Start menu)
29. ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu) Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
30. F10 key (Activate the menu bar in the active program)
31. RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
32. LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
33. F5 key (Update the active window)
34. BACKSPACE (View the folder onelevel up in My Computer or Windows Explorer)
35. ESC (Cancel the current task)
36. SHIFT when you insert a CD-ROMinto the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)

Dialog Box - Keyboard Shortcuts


1. CTRL+TAB (Move forward through the tabs)
2. CTRL+SHIFT+TAB (Move backward through the tabs)
3. TAB (Move forward through the options)
4. SHIFT+TAB (Move backward through the options)
5. ALT+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)
6. ENTER (Perform the command for the active option or button)
7. SPACEBAR (Select or clear the check box if the active option is a check box)
8. Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)
9. F1 key (Display Help)
10. F4 key (Display the items in the active list)
11. BACKSPACE (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)

Microsoft Natural Keyboard Shortcuts


1. Windows Logo (Display or hide the Start menu)
2. Windows Logo+BREAK (Display the System Properties dialog box)
3. Windows Logo+D (Display the desktop)
4. Windows Logo+M (Minimize all of the windows)
5. Windows Logo+SHIFT+M (Restorethe minimized windows)
6. Windows Logo+E (Open My Computer)
7. Windows Logo+F (Search for a file or a folder)
8. CTRL+Windows Logo+F (Search for computers)
9. Windows Logo+F1 (Display Windows Help)
10. Windows Logo+ L (Lock the keyboard)
11. Windows Logo+R (Open the Run dialog box)
12. Windows Logo+U (Open Utility Manager)
13. Accessibility Keyboard Shortcuts
14. Right SHIFT for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)
15. Left ALT+left SHIFT+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)
16. Left ALT+left SHIFT+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off)
17. SHIFT five times (Switch the StickyKeys either on or off)
18. NUM LOCK for five seconds (Switch the ToggleKeys either on or off)
19. Windows Logo +U (Open Utility Manager)
20. Windows Explorer Keyboard Shortcuts
21. END (Display the bottom of the active window)
22. HOME (Display the top of the active window)
23. NUM LOCK+Asterisk sign (*) (Display all of the subfolders that are under the selected folder)
24. NUM LOCK+Plus sign (+) (Display the contents of the selected folder)

MMC Console Windows Shortcut keys

1. SHIFT+F10 (Display the Action shortcut menu for the selected item)
2. F1 key (Open the Help topic, if any, for the selected item)
3. F5 key (Update the content of all console windows)
4. CTRL+F10 (Maximize the active console window)
5. CTRL+F5 (Restore the active console window)
6. ALT+ENTER (Display the Properties dialog box, if any, for theselected item)
7. F2 key (Rename the selected item)
8. CTRL+F4 (Close the active console window. When a console has only one console window, this shortcut closes the console)

Remote Desktop Connection Navigation


1. CTRL+ALT+END (Open the Microsoft Windows NT Security dialog box)
2. ALT+PAGE UP (Switch between programs from left to right)
3. ALT+PAGE DOWN (Switch between programs from right to left)
4. ALT+INSERT (Cycle through the programs in most recently used order)
5. ALT+HOME (Display the Start menu)
6. CTRL+ALT+BREAK (Switch the client computer between a window and a full screen)
7. ALT+DELETE (Display the Windows menu)
8. CTRL+ALT+Minus sign (-) (Place a snapshot of the active window in the client on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing PRINT SCREEN on a local computer.)
9. CTRL+ALT+Plus sign (+) (Place asnapshot of the entire client window area on the Terminal server clipboardand provide the same functionality aspressing ALT+PRINT SCREEN on a local computer.)

Microsoft Internet Explorer Keyboard Shortcuts


1. CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)
2. CTRL+E (Open the Search bar)
3. CTRL+F (Start the Find utility)
4. CTRL+H (Open the History bar)
5. CTRL+I (Open the Favorites bar)
6. CTRL+L (Open the Open dialog box)
7. CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)
8. CTRL+O (Open the Open dialog box,the same as CTRL+L)
9. CTRL+P (Open the Print dialog box)
10. CTRL+R (Update the current Web )

Thursday, May 28, 2015

IT'S SCHOOL HOLIDAY!!


Amboi seronok la yer cikgu² dan anak² murid.. Cuti sekolah datang lagi..

Parents bakal pening kepala..

Rumah bakal meriah..
Hihi..

Tapi ada juga guru² yang tetap kena bertugas.. Kelas tambahan, meeting, menyiapkan kerja² dan sebagainya..


Pada yang akan bercuti, selamat bercuti.. Enjoy your school holiday..

Pada yang akan pulang ke kampung, semoga selamat perjalanan menuju destinasi masing²..

"KEEP CALM AND ENJOY YOUR SCHOOL BREAK, TEACHERS/STUDENTS!"


Pada yang akan spend holiday di Kuala Lumpur/Selangor bersama ahli keluarga terutamanya yang ada anak², mungkin anda berminat dengan lokasi² ini:




Kaum² IBU plak, jangan lupa singgah di:
  • Sunway Pyramid, Petaling Jaya
  • Mid Valley Megamall, Petaling Jaya
  • One Utama Shopping Centre, Petaling Jaya
  • IKEA, Mutiara Damansara
  • The Curve, Mutiara Damansara
  • Ikano Power Centre, Mutiara Damansara
  • Pavilion, Kuala Lumpur
  • Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur
  • Suria KLCC, Kuala Lumpur
  • Bukit Bintang, Kuala Lumpur

dan banyak lagi!

Sunday, May 24, 2015

FACING LOSS...


"Grief is perhaps an unknown territory for you. You might feel both helpless and hopeless without a sense of a 'map' for the journey. Confusion is the hallmark of a transition. To rebuild both your inner and outer world is a major project."

- Anne Grant -




Myths and Facts About Grief

MYTH: The pain will go away faster if you ignore it.
Fact: Trying to ignore your pain or keep it from surfacing will only make it worse in the long run. For real healing it is necessary to face your grief and actively deal with it.

MYTH: It’s important to be “be strong” in the face of loss.
Fact: Feeling sad, frightened, or lonely is a normal reaction to loss. Crying doesn’t mean you are weak. You don’t need to “protect” your family or friends by putting on a brave front. Showing your true feelings can help them and you.

MYTH: If you don’t cry, it means you aren’t sorry about the loss.
Fact: Crying is a normal response to sadness, but it’s not the only one. Those who don’t cry may feel the pain just as deeply as others. They may simply have other ways of showing it.

MYTH: Grief should last about a year.
Fact: There is no right or wrong time frame for grieving. How long it takes can differ from person to person.

Source: Center for Grief and Healing


Ya, benar. Sangat benar. Kadang² yang kita perlukan saat hati sedang terluka, bukanlah kata² semangat (yang adakala tak memberi semangat pun), tapi hanya moral support..

2 hari lepas, satu kehilangan besar berlaku. Sahabat yang aku sayangi, kehilangan suami tercinta buat selamanya. Dalam keadaan sangat bahagia, sekelip mata dia kehilangan soulmate, buat selamanya..

Again, no words can describe the loss.. Aku pernah merasa kehilangan.. Untuk pertama kali dalam hidup, aku kehilangan.. Pada 2012.. The pain, was unbearable.. I once though I could never face the world again..

But I got up, stood up and walk again. After 2 years..

Sahabat, kehilangan bukan sesuatu yang kita minta.. Malah bukan yang kita cipta pun.. Apa yang dimahukan hanyalah hati untuk mengerti.. Betapa kehilangan ini membawa separuh jasad dan nyawanya pergi bersama.. Usahlah kita tambah deritanya dengan kata² seperti "kena redho", "bawak bersabar" dan sebagainya..

Pilihlah untuk menenangkan.. Bukan menambah duka dan laranya.. Sahabatku itu, ku peluk erat, lama, menangis bersamanya, dan ku bisikkan, "Sahabat, sabar itu bukan perkataan yang tepat untuk dituturkan. But I need you to be strong. Your kids need you. You need to take care of yourself."

Dalam pada jiwa merintih, kehilangan boleh menjadi punca kepada masalah lain.. Pilihlah untuk berada erat disisinya.. Pilihlah untuk terus memberi dia rasa bahawa dia masih disayangi.. 

Only time will heal.. Only TIME.. 

Monday, May 18, 2015

Me, Myself, and I..


This is me..

Untuk permulaan ni, maybe aku akan buat entry dari post² FB aku je kot.. Sebab belum ada idea.. Hihi.. pasni baru fikir lain..


Perempuan 1000 wajah.. haha.. pasal aku spesis "makan gambar".. kejap dalam gambar ni, muka camtu.. esok dalam gambar lain, muka lain plak.. hihi..


Haha.. Memang spesis suka menggedik dgn cam.. Jadi abaikan aje lah ekk.. Hobi.. hihi.. Bila free je..



Ini testing jadi ala model, kononnya lah.. Nak pergi dinner, so panggil orang datang mekap.. MUA by Maya Suhaimi.. Nanti I promote dia ek.. Hihi



p/s: I am a mommy of two.. Jgn tanya spouse, buat masa skrg belum ada dan belum fikir.. So what happened? Jodoh takde. Cukup setakat tu ek.. Malas jawab panjang² soalan camni.. Hehe..

ENTRY #1 | TESTING, TESTING.. HIHI



Dah 8 tahun berlalu ya.. Aisyah Humaira', words alone are not enough to describe how much I love you. How much I feel grateful for having you in my life.. For 8 years, Ibu jadi dewasa kerana Kakak. It's not me who teaches you life but it's you who teaches me life.. I never know what true love is, until I have you..

If it wasn't for you, I won't be able to survive, to get up and defeat all the negativities.. Kalau bukan kerana kakak, tak mungkin Ibu sekuat ini menghadapi setiap hari yg penuh dugaan dan cabaran membesarkan anak2 seorang diri..

You are truly my hero.. Srikandi kecil ibu yg sangat hebat.. Kakak sangat independent, sangat dewasa dan sangat matang..

Ibu takkan lupakan saat Ibu terlantar berminggu2 selepas kemalangan yg hampir meragut nyawa Ibu, Kakak yg bantu Ibu.. Kakak mandikan Ibu, suapkan makan, sikat rambut, pakaikan baju.. Dengan bantuan Tok sbg "tutor", Kakak terpaksa jd dewasa pd usia 5thn.. Kemudian hari2 kita baca buku sama2.. Kakak baca buku dan buat latihan di sebelah Ibu.. Ibu X boleh bangun tanpa bantuan.. Kakak setia menemani Ibu walau Ibu selalu marah2 kerana emosi pada waktu tu.. Ibu hilang semangat untuk hidup tapi Kakak tanpa jemu sentiasa beri ibu kasih sayang yg tak ternilai.. Sampai sekarang kakak masih usap tangan ibu yg buruk dan selalu cakap kakak sayang Ibu..

Aisyah Humaira', we've been through a lot together.. Nothing in this world can replace you. God didn't just give me a daughter, but God sent me an angel, a protector, a motivator, you name it.

Aisyah Humaira', teruslah jadi anak yg tabah.. Mungkin adakalanya kita tidak sehaluan, tetapi apa pun jadi, Ibu akan tetap sayangkan kakak sehingga ke akhir nyawa ibu.. Ibu bergadai nyawa selamatkan kakak.. Kali pertama semasa lahirkan kakak.. Kali kedua semasa kemalangan.. If I went through fire to save you, there's nothing in this world can stop me from keeping you safe from harm..

Ibu selalu berdoa agar Allah panjangkan usia Ibu.. Sekurang2nya sehingga anak2 ibu mampu hidup sendiri..

I will hold you up when you can’t stand, I will wipe away your tears when you cry.. You will always be my angel.. Love of my life..

Happy Birthday yang ke-8, Aisyah Humaira.. Teruslah jadi anak yg membanggakan Ibu.. Ibu sayang Kakak, sehingga hujung nyawa Ibu..
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com