Pages

Sunday, October 23, 2016

IBUBAPA DAN TEKNOLOGI



Teknologi bkn semua buruk. Kita ada Google Classroom, kita ada Learning Management System. Kita ada pembelajaran atas talian dan pembelajaran maya (virtual learning).
Apa yang buruk? Bila mak bapak sendiri tak mahir dengan teknologi. Mak bapak guna smartphone tp hanya tau media sosial, itupun tahu basic. Setakat whatsapp, fb, instagram.
Lepas tu bangga bagi anak smartphone. Konon anak celik IT walhal istilah celik IT bkn pandai programming ke coding pun, sekadar pandai bermedia sosial dan main game. Itu bukan celik IT ya.
Mak bapak tolong celik IT dalam erti kata sbnrnya. Total control anak2 ada pada mak bapak. Smartphone dan gajet canggih bukan pengganti utk "babysit" anak2.
Kadang rasa geram tgk kawan2 bangga bagi anak smartphone walhal depa sendiri x tau apa yg anak dah explore.
Kita ada restrictions, kita ada safe version of apps dan mau x mau, dengan dasar pembelajaran abad ke-21 mmg anak2 Generasi Z ni akan belajar. Maknanya kita takleh selamanya takat halang depa atau terlampau biar jugak. Kita sendiri kena amik tau.
Saya pun ibu 2 anak. Anak saya umur 9 dan 7. Anak2 saya yg sulung, celik IT. Tapi everything yg dia guna berada di dalam kawalan saya. Pd masa yg sama saya ajar dia restrictions, cause and effect. Saya kena 10 steps ahead sbb saya tau sooner or later depa akan mula dikelilingi kawan2 yg mak bapak x dak settings dan rules bab teknologi.
And ya, saya tiada Unifi, no Astro, anak2 tusyen sendiri dgn saya selain p sekolah, no smartphone for them, no game consoles, I'm a single office-hour working mommy, they score in school, tapi juga diperkenalkan dgn teknologi, the good way..
Hanya mak bapak leh kawal anak. Please, take care of your kids, tp mak bapak pun jangan la kuno sgt bab teknologi smpai kena "game" dgn anak.
Selalu tengok mak bapak komen "jangan itu dan ini" tapi tak sedar apa sbnrnya yg "jangan" dan "boleh".
Ibu bapa. Adapt and adopt. Belajarlah tentang teknologi. Majukan diri sendiri. Jangan jadi ibubapa yang ketinggalan.

KENAPA MASA EXAM, ANAK DAN IBUBAPA JADI STRESS?

(Gambar ihsan: http://muslimagnet.tumblr.com/post/38944835017/happy-studying-for-those-who-is-having-their-exam

1) Tidak membudayakan pembelajaran sebagai on-going process. Iaitu anak hanya kena buat ulangkaji bila nak exam. Sedangkan sekiranya anak belajar setiap hari secara berdikit2, insya-Allah tidak menjadi beban untuk dia dan kita sendiri semasa exam.

2) Kita terlalu berharap anak dapat lulus cemerlang sedangkan setiap anak ada potensi berbeza. Tetapi apabila bercakap tentang potensi yang berbeza, bukanlah pula bermakna kita abaikan anak yang kurang cemerlang dari segi akademiknya. Sekurang-kurangnya bantulah dia fahami apa yang dia tertinggal atau kurang faham. Dan membanding-banding pula dengan anak sahabat atau jiran yang sama umur dengan anak kita. Big NO NO.

3) Memberi motivasi kepada anak bahawa peperiksaan bukan penentu segalanya. Saya selalu beritahu anak bahawa "peperiksaan adalah penentu sama ada kakak dan adik faham apa yang ibu dan cikgu ajar, dan sama ada memahami kehendak soalan dengan tepat."

4) Anak stress sebab selama berbulan2 kita biar dan abaikan pelajarannya, tidak mempedulikan apa yang dipelajarinya, kemudian di saat anak mahu exam baru kita sedar banyak yang dia tidak dapat faham, membawa kepada ayat2 "apa yang hang belajar di sekolah?", "cikgu ajar, hang buat apa dalam kelas?" dan sebagainya. Masalahnya, hang pun tak pernah ambil tahu anak belajar apa setiap hari, dan tak pernah semak sama ada anak faham atau tak, kan? Hehe..

5) Tolong semak beg anak setiap hari walaupun selepas peperiksaan. Ingat, ada lebih kurang 2 bulan setengah daripada peperiksaan akhir tahun hingga ke awal tahun hadapan. Adalah sangat rugi kalau anak dibiarkan kosong pergi ke sekolah hanya bermain selama 2 bulan setengah ni. Buat latihan walaupun sehari hanya 1-2 mukasurat bagi subjek Matematik, dan baca apa2 buku untuk subjek lain (sehari 1 subjek, 1-2 muka surat) sudah memadai supaya anak tidak lupa terus dengan apa yang dipelajarinya sepanjang tahun ini.

Friendly reminder to all parents.... Smile... :)

Monday, October 17, 2016

SURUHLAH ANAK-ANAK ANDA TIDUR SECUKUPNYA



"Sleep is the power source that keeps your mind alert and calm. Every night and at every nap, sleep recharges the brain's battery. Sleeping well increases brainpower just as weight lifting builds stronger muscles, because sleeping well increases your attention span and allows you to be physically relaxed and mentally alert at the same time. Then you are at your personal best."

Children with higher IQs - in every age group studied - slept longer.

"Children need sleep, and plenty of it. Sleep helps recharge a child's body so she's able to learn and play. Adequate amounts of sleep help your child maintain her good health, too. As if that's not reason enough to ensure that your child heads to bed at a reasonable hour each evening, getting plenty of sleep might also make your child smarter."

Sleeping cycle Aisyah dan Sofea dah mula saya "tune" masa mereka baby. Semasa baby and toddlers, they can sleep from 6pm to 7am. Sekarang, kedua-dua mereka tidur sebelum jam 9pm dan bangun pada jam 5.30am. Ini rutin wajib.

Jika Jumaat dan Sabtu, mereka dibenarkan tidur lewat. Tp weekdays, pkul 9pm semua dah kroh krohhh.. Dengan jumlah tidur yang mencukupi, sekurang-kurangnya saya tahu bahawa mereka tidak akan keletihan di sekolah, tidak tidur semasa guru mengajar dan aktif di sekolah, sekaligus membantu untuk faham pengajaran yang guru mereka sampaikan.

Didiklah anak tidur untuk mendapat tidur yang cukup.

Sunday, October 16, 2016

JANGAN KURUNG ANAK-ANAK DI DALAM RUMAH!



"Exercise is the most effective way to improve memory and attention. For years we have known that exercise seems to protect against memory disorders like Alzheimer's disease. People who exercise regularly are 50% less likely to develop dementia. Now we know one reason why: when we exercise, new brain cells are born in the hippocampus- the brain's gateway to new memories."

"To do better in school, kids should put down their pencils and enjoy a bit of exercise, an international group of experts advises.

The study also found that physical activity and exercise improve brain function, cognition and brain structure."

Apa lagi? Takkan kurung je anak 24 jam suruh baca buku? Bangun la awal pada Sabtu & Ahad, bawa anak2 ke jogging park, ke taman bunga. Bawak panjat bukit ke.. Alah kejap je dalam pukul 7-8am ke lepas tu balik la ke rumah dan mandi. Badan dia dh fresh, nak study pun senang. Kan?

(Gambar: Ni saya bawak diorang jalan2 je kat Bukit Kiara Recreational Park, Taman Tun Dr Ismail. Kadang jalan kat park dekat rumah je. Atau Taman Botani Putrajaya. Jenuh juga la nk keep up sebab energy budak2 ni mcm tak berkesudahan je, heran betul. Haha)

ANAK SUKA DENGAR MUZIK SAMBIL MENGULANGKAJI?



"Studies have shown that listening to music before studying or performing a task can be beneficial as it improves attention, memory, and even your ability to do mental math as well as helping lessen depression and anxiety.
Many researchers, as well as students, who think listening to music helps memory have called the practice the “Mozart Effect.” Of course, nowadays many students are not actually listening to Mozart, but pop or other music, so the effect may not be the same.
These studies and researchers seem to indicate that music can actually help you study and those who listen to music while studying may actually be better off for it."




Salah satu cara saya applikasikan adalah memasang muzik (tanpa suara) semasa anak sedang membuat latihan ulangkaji atau kerja rumah. Tapi pastikan muzik adalah jenis lembut, beralun dan membangkitkan emosi atau semangat dan juga membantu anak lebih fokus.

Di sini saya kongsikan beberapa musical pieces yang saya guna semasa anak belajar semasa saya memandu (yes, amazingly these music pieces really help you in focusing while driving, too) dan juga alunan musik lembut yang dipasang semasa tidur.

Aktiviti ini akan memberi ransangan kepada beberapa bahagian otak. Semasa anak tidak mengulangkaji atau semasa tidur, anda juga boleh memasang alunan zikir dan ayat suci Al-Quran dan member impak yang sama, tetapi tidak semasa belajar kerana semasa belajar, adalah tidak digalakkan untuk mendengar sebarang suara kerana fokus akan terganggu.
Boleh dimulakan sebaik sahaja bayi lahir, sehinggalah dewasa. No age limit and restrictions.


Thursday, September 8, 2016

KISAH ANAK AUTISM YANG DIBULI


Setelah berbulan-bulan mendiamkan diri.. Hari ni terpanggil nak buat entri berkaitan buli.. Yang dialami oleh anak sahabat saya sendiri..

Cerita pasai ejek mengejek ni kan.. Saya ada sorang sahabat.. Anak dia autism.. Masuk aliran perdana..
Anak dia ni mmg saya kenal sejak lahir.. Detection autism ni bermula masa Darjah 1 bila kami cikgu2 notice kelainan dan maklumkan pada sahabat ni tadi.. Setelah ujian demi ujian, pakar mengesahkan dia ada mild autism/asperger.

Jadi bermulalah episod baru kawan saya ni, speech therapy dan pelbagai terapi lah.. Yang sedihnya, semua dia hadap sendirian.. Makan pakai anaknya, sakit, dan segalanya lah. Her ex tinggalkan dia masa anak tu 11bln and she's been struggling alone ever since. Tiada bantuan dari mana2 pihak dan dari sesiapa.

Anak dia ni, despite his big size, membesar menjadi seorang budak yang gentle. Bersama anak-anak saya, mereka dibesarkan dan sayang menyayang antara satu sama lain. He's very protective dan gentle pada 'adik-adik' dia, Aisyah dan Sofea. Ya, dia anggap diri dia abang pada anak-anak saya.

Tahun demi tahun saya tengok sendiri progress anak kawan saya ni. Apa kebolehan dia, setakat mana pembelajaran dia, semua saya tengok lah. Walaupun saya aktif di Facebook dan selalu buat posting berbentuk keibubapaan, saya tak brp masuk campur dengan sahabat saya (when it comes to parenting) sbb saya tiada pengetahuan khusus berkaitan autism/asperger. Saya hanya mampu tengok and there are times when I feel so helpless. Jadi kalau kawan saya ni kurang ok, saya faham she's tired and she has been tired. But one thing for sure, dia selalu cakap dia TAK PERNAH MENYESAL lahirkan anak dia sebab itu anugerah untuk dia.

Lately, kawan saya ni bgtau, anak dia diejek-ejek.. Saya tanya siapa, dan dah beritahu cikgu ke.. Saya cakap juga, cakap lah dengan pembuli tu.. Sahabat tadi kata, pembuli tu kawan sekelas anak dia.. Ejekan tu lama kelamaan daripada ejekan biasa, mula beralih kepada provokasi berbentuk penghinaan. "Kau takda ayah", dan sebagainya. 

Sahabat tadi membuat aduan pada guru, dan guru telah mengambil tindakan memberi amaran. Si pembuli tadi, geram kerana perlakuannya diketahui guru, membuat ugutan yang lebih kurang berbunyi "kau mengadu lagi, siap kau".. Tiada lagi verbal bully dari pembuli tetapi pembuli "mengajak" rakan-rakan sekelas untuk membuat provokasi (menggunakan rakan lain untuk membuli si mangsa). Ini membawa kepada kekasaran fizikal, yang mana satu hari si mangsa, akibat tidak tahan dengan provokasi, mengasari rakan sekelasnya.

Saya nak tolong masuk campur tapi tak kenal siapa.. Saya tanya sahabat saya, dia risaukan pembuli pulak. Saya suruh dia confront parents budak tu, tapi dia mendiamkan diri.

Perkara ni masih belum selesai. Tp saya minta sangat-sangat, ibubapa, tolonglah, pengalaman sebagai guru cukup mengajar saya, bahawa "malaikatnya" anak di dpn anda tidak menjamin anak "malaikat" di belakang anda juga.

Anak-anak mesti dikenalkan dgn kepelbagaian agama, kaum dan kebolehan. Dunia ini bkn dipenuhi robot tp manusia yg berbagai kepintaran, kebolehan, saiz, kepercayaan dan bangsa. Ada yg normal, ada yg mempunyai kelainan upaya.

Kami yg cikgu ni, terhad kuasa mendidik. Tugas kami menyampaikan ilmu. Tugas mendidik adalah tugas mutlak ibubapa. Sepatutnyalah kan.

Bagi pihak pembuli, kalau ada aduan tentang salahlaku anak-anak, jangan terlalu cepat defend "anak saya tak buat", "anak saya cakap dia tak pernah buat macam tu", dan sebagainya. Buli membuli apabila dibiarkan, akan membawa kesan emosi yg teruk kepada mangsa. 

Semua org sayang anak. Ingat, ibu mangsa buli juga sayang anak. Pembuli mungkin seronok. Tapi kesan emosi ni, bukan saja perlu dihadapi oleh mangsa tetapi orang sekelilingnya.

Anak sahabat saya ni kecewa dan menangis kerana diejek. Anaknya dah pernah hilang sabar. Dia sangat beremosi dan murung. Dia bertukar menjadi agresif dengan kami. Sahabat ni sangat stress kerana dia sendiri letih emosi menangani anaknya.

Bagaimana kalau di kemudian hari si mangsa buli melakukan sesuatu yg di luar dugaan? Parents pembuli akan salahkan mangsa sedangkan pembuli yg provoke, kan? Inilah yang kita semua mahu hindari.

Anak kawan saya ni, selain menjalani sesi2 terapi utk autism, juga baru2 ni ditambah dgn sesi terapi utk anger management kerana dia mengalami gangguan emosi dan kemurungan. Pada si pembuli mmg kelihatan seperti seronok tapi bagi anak istimewa ni, gangguan sebegini boleh mendatangkan kesan jangka panjang kepada mereka..

(Admin: https://www.facebook.com/groups/ailisa.and.friends.parenting/)

Tuesday, January 12, 2016

PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2016 KPM OLEH YB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2016 KPM OLEH YB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA



Download Slide Pembetangan DI SINI

Intipati yang diumumkan oleh YB Dato' Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia sewaktu ucapan beliau pada Perutusan Tahun Baharu 2016 Kementerian Pendidikan Malaysia;

1) Pertukaran guru duka lara dibuat secara berkala, tidak hanya untuk Januari dan Jun. Permulaan untuk Sabah dan Sarawak, akan dibuka pada 15-25 Januari ini.

2) Bagi memastikan guru lebih berfokus kepada tugas hakiki, Kementerian akan mengkaji keperluan beberapa aplikasi dalam talian bagi mengelakkan kesesakan trafik data, kemasukan data akan "decentralize". Pihak sekolah dan PPD akan dipertanggungjawab untuk aplikasi yang melibatkan operasi seperti kehadiran murid.

3) NPQEL akan dipermudahkan, tidak perlu sebagai syarat utama untuk lantikan guru besar dan pengetua, lantik dahulu, baru hadir berkursus.

4) UPSR bakal menjadi seperti PT3, tidak hanya seperti sekarang yang 100% berasaskan peperiksaan.

5) Tiada istilah "siapalah kami", dengan merujuk warga pendidik dengan KPM. KPM mahu wujudkan hubungan dua hala.

6) Pengurusan tertinggi KPM adalah "servant" kpd pihak sekolah.

(Sumber: Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia dan laman Facebook YB Menteri Pendidikan)

Sunday, December 27, 2015

TAKWIM 2016 (HARI PERSEKOLAHAN, HARI KELEPASAN DAN GAJI KAKITANGAN AWAM BAGI 2016I)

(Saya upload beberapa jenis supaya anda boleh memilih untuk save kan gambar mengikut kesukaan)

PENGGAL PERSEKOLAHAN 2016




 HARI KELEPASAN 2016




TARIKH PEMBAYARAN GAJI BULANAN 2016 BAGI KAKITANGAN AWAM





Tuesday, October 6, 2015

MAKLUMAT KEMASUKAN MURID KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK AMBILAN JANUARI 2016



Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Online Kemasukan Murid Ke Program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2016 dibuka mulai 5 Oktober hingga 20 Disember 2015. Tawaran ini terbuka kepada semua murid Tingkatan Tiga (3) Tahun 2015.

Terdapat beberapa program yang ditawarkan iaitu :
a.    Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia)
b.    Aliran Teknikal – Sekolah Menengah Teknik (menjurus kepada Sijil Pelajaran Malaysia)
c.    Program Kemahiran (Sijil Kemahiran Malaysia)

Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma Vokasional Malaysia) berdasarkan sistem semester. Waktu pembelajaran bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang berpandukan Takwim Pengajian Kolej Vokasional yang dikeluarkan setiap tahun.

Murid akan mengikuti empat (4) semester / dua (2) tahun dan memperolehi Sijil Vokasional Malaysia (SVM) di mana mata pelajaran Bahasa Melayu setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Murid akan didedahkan dengan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang merangkumi komponen akademik dan vokasional dengan nisbah 30 : 70.

Murid yang tamat dengan jayanya SVM akan ditawarkan mengikuti program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) selama lima (5) semester termasuk menjalani latihan industri (On-job Training) sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan.

Aliran Teknikal – Sekolah Menengah Teknik (menjurus kepada Sijil Pelajaran Malaysia) di tawarkan di 9 buah Sekolah Menengah Teknik‎ seluruh Malaysia memberi fokus kepada bidang/pengajian seperti berikut.

Bidang-bidang tersebut adalah :
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Mekanikal
Perdagangan
Sains Pertanian

Tempoh pengajian adalah selama dua (2) tahun iaitu di:
a. Tingkatan 4
b. Tingkatan 5
dan seterusnya dinilai melalui Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Program Kemahiran – akan dilaksanakan selama dua (2) tahun di beberapa Kolej Vokasional yang dipilih. Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Kolej Vokasional adalah menggunakan persijilan yang berdasarkan National Occupational Skills Standard- (NOSS) yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) .

Murid turut didedahkan dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah dan Matematik . Kursus yang ditawarkan adalah berdasarkan keperluan industri setempat dan bertujuan untuk melahirkan pekerja separa mahir bagi keperluan industri. Murid yang tamat boleh meneruskan pengajian ke peringkat kemahiran yang lebih tinggi selain daripada  menjadi usahawan dan bekerja di industri.


Syarat permohonan dan maklumat kursus boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang KPM di alamat http://www.moe.gov.my. Pemohon juga boleh menghubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) di talian 038884 5154 / 5086 /  5089 / 5067.

MENGELAKKAN ANAK BERCAKAP PELAT


Kedua² anak saya mula bercakap lebih kurang pada usia 1-2 tahun. Mereka juga tidak pernah pelat dan ramai yang bertanyakan tips bagaimana anak saya boleh bercakap dengan lancar walaupun masih kecil. Cuba perhatikan sekeliling anda, ada kanak² yang bercakap terus (tanpa pelat) dan ada yang bercakap pelat. Kenapa ini boleh berlaku?

Perlu diingatkan bahawa PELAT BUKAN KERANA LIDAH PENDEK. 

Lumrah sesetengah ibu atau ayah, bila bercakap dengan anak², mereka akan menggunakan perkataan seperti "shushu" (susu), "bebear" (teddy bear), "busyuk" (busuk), "tencin" (kencing) dan sebagainya.

Anak belajar melalui pemerhatian. Sama ada dari anda sebagai ibu bapa, atau dari sekeliling. Sekiranya anda kerap menggunakan istilah² yang seperti contoh di atas, anda sedang melatih anak anda bercakap pelat.


  • IBU BAPA YANG BERCAKAP PELAT ADALAH SANGAT TIDAK 'CUTE'. Please stop it, right away. Untuk permulaan untuk menghentikan atau mengelakkan pelat pada anak² anda, anda sendiri mesti menghentikan tabiat ini. Anak² yang terbiasa dengan ibu bapa yang menyebut pelat adalah result kepada anak² yang bercakap pelat.

  • Betulkan sebutan anak² sekiranya anda mendapati mereka menyebut perkataan dengan pelat. Betulkan dengan menyebut semula perkataan yang betul. Sekiranya anak anda mula menyebut dengan betul, jangan lupa memberikan reward pujian dan pelukan.

  • Bercakaplah dengan perlahan-lahan. Apabila anda bercakap dengan terlalu laju, anak anda yang masih kecil gagal 'menangkap' bunyi perkataan dengan betul. Ini juga boleh menjadi punca anak menyebut perkataan tersebut dengan pelat kerana dia menganggap bunyinya sama.

  • R,S,F,D,T. Ini adalah 5 konsonan paling kerap disebut dengan pelat. Keraplah menggunakan perkataan yang ada huruf² konsonan ini. Insya-Allah dengan latihan berterusan, pelat anak anda akan hilang.

  • Beri semangat dan pujian. Adakala anak² akan mula give-up apabila dia masih gagal menyebut. Biasanya berlaku pada anak² yang sedikit besar (toddler), terutamanya apabila ada saudara atau rakan² yang mengejek. Ibu bapa sendiri jangan cepat putus asa atau marah apabila anak kerapkali mengulang sebutan dengan pelat. Membuat bunyi memerlukan skills dan latihan yang dibiasakan sejak bayi. Ini adalah salah satu sebab kenapa bayi gemar berbunyi-bunyi sepanjang masa kerana bunyi-bunyian merupakan latihan asas bayi kepada membunyikan perkataan dan mereka sebenarnya cuba meniru bunyi orang dewasa.

  • Bercerita dan bercakap dengan sebutan yang betul juga sangat membantu anak² anda bercakap dengan betul.
Dengan ini diharapkan panduan ini berguna kepada ibu bapa yang mempunyai anak pelat, atau ibu bapa baru.

Semoga berjaya!


 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com